*Orang yang Tidak Kekal Dalam Perjuangan*
Di dalam jemaah perjuangan Islam
Orang yang cinta dunia tidak akan kekal lama,
Atau tidak akan ada ikut sama dari mula
Orang yang terlalu kuat berpegang dengan hukum logik, payah menerima semua
Mereka selalu sahaja terkeliru oleh logik akalnya
Orang yang lemah jiwa lebih-lebih lagi
payah sampai ke hujung perjuangannya
Lebih-lebih lagi setelah mereka kena uji
Jiwa tidak tahan berhadapan dengan cabaran
Bahkan bila teruji selalu sahaja menyalahkan
kawan atau pemimpin
Biasanya orang yang boleh kekal
di dalam perjuangan kebenaran
Dari permulaan hingga ke destinasinya, Orang-orang yang tidak ada kepentingan dunianya
Orang yang jiwanya kuat bagaikan besi waja
Yang boleh menerima khawariqul ‘adah
tanpa logik akalnya
Orang yang tidak ada sifat kibir dan ego
Yang mudah memberi taat dan setia
Orang yang ingin membaiki diri
di dalam jemaahnya
Orang yang telah menjual dunianya
untuk Akhiratnya
Orang yang tidak merasa pandai
sekalipun memang pandai
Orang yang ingin dipimpin kepada Tuhannya
Mereka itulah yang biasanya boleh berjuang
sampai ke hujung
Berdoalah kepada Allah agar kita istiqamah
dalam perjuangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan