11 Julai 2017

TUHAN... Siapalah diriku ini...

Tuhan..

siapalah diriku ini,

sangat lemah, daya pun Engkau yang beri
aku hamba yang kerdil, serta hinanya diri

pada diri ini terhimpun pelbagai kelemahan
banyak nya dosaku..
sepenuh gudang yang dipenuhi catatan kesalahan

Tapi.. aku mengharap agar Engkau masih sudi
memaafkan kesalahan dan kelemahan hamba Mu ini

berilah padaku peluang lagi
akan aku cuba lagi membetulkan diri

berilah aku kental dan tabah,
dalam bermujahadah membaiki diri,
moga makin lebih baik, dari hari ke hari

berikan aku kekuatan untuk istiqamah di jalan-Mu
agar sentiasa tetap dapat bertahan dari rasa jemu

sedikit rasa hamba dan rasa hina yang ada ini,
tidak mengapa,
biarlah kekal didalam jiwa,
disepanjang hidupku didunia..

aku takut Tuhan.. maka aku pinta,

jangan Engkau biar sombong mengganti rasa hina
sudah tentu aku rosak didunia,
lepas itu azab menanti disana

Tuhan..

Engkau Maha Berkuasa
dan penentu nasib semua manusia

Aku pinta pada Mu Keampunan dan Keredhaan
Aku mengharap pada Mu Rahmat dan Berkat

itu saja yang dapat membuat aku selamat
lain dari itu tiada jaminan selamat
sekalipun kuat beribadat sepanjang hayat

kerama terlepas dari azab neraka itu
adalah kerana Keampunan-Mu

berpeluang dapat masuknya ke syurga itu
hanya oleh kerana Rahmat atau Redha dari-Mu.

selain itu, belum tentu..

Tiada ulasan: