hidup..! semua orang nak hidup.. kaya! semua org inginkan kekayaan..yang kaya dijunjung yang miskin dipandang hina. itulah reality dunia dimata aku.
tapi hidup yang macam mana?? bukan mudah nk cari rezeki untuk sesuap nasi.. dan ada yang mngatakan,bukan susah nk cari beras 1guni..begitu juga kasih sayang, ada yang terlampau menginginkan kasih sayang sehingga rasa diri tidak berguna dan ada pula yang selalu dapat kasih sayang sehingga lupa diri dan naik-naik pijak kepala.. didunia ini bermacam jenis orang yang aku kenal.. seribu satu macam gaya semua ada..pergaulan aku tidak terbatas.dari umur 5tahun sampai 80tahun semua adalah kawan aku. yang gagah terus merasa gagah,yang lemah terus merasa hampa dan kecewa dengan nasib hidupnya..tapi aku hanyalah insan yang tidak ada apa-apa.. jangan kata harta, akhlak pun aku tiada..malangnya manusia macam aku.
dalam hidup aku bukan semua orang yang bole masuk dengan cara aku..masing-masing ada kepala dan cara hidup masing-masing.. dari kecik aku dididik dengan kesusahan.. yang mana kesusahan itu membuat diriku menjadi lebih matang untuk setiap apa yg datang terhadap diriku. pengalaman dan kesilapan sentiasa menjadi papan tanda di setiap simpang dalam hidupku untuk aku kenal lebih mendalam mana baik dan yang mana buruk. cakap! semua orang boleh cakap.. tapi berbuat,hanya suku kerat sahaja.. fitnah,tohmahan dan caci maki bukan lagi suatu yang pelik bagiku dan ianya adalah darah dagingku..terlalu ramai orang yang sibuk bercakap tentang orang lain,sedang dirinya tidak tahu apa nilaian Allah terhadap dirinya.. kawan! aku ramai kawan, tidak terbilang banyaknya. tapi kawan yang macam mana? kawan hanyalah setia ada dikala aku senang.. diwaktu itu aku lah raja,aku lah paling disayangi.. suatu hari,aku tersungkur jatuh.. dengan seribu harapan berharap kawan itu datang dan menghulurkan tangannya...rupanya tidak..tidak seperti yang aku sangka. aku keseorangan bangun dan melangkah lagi disamping orang sekeliling melemparkan kata caci terhadap aku.setelah apa yg aku jayakan selama ini semuanya hancur disebabkan kawan.. sahabat! aku tak ramai sahabat dan bole bilang dengan jari..sahabat ini lah yang selalu dipandang remeh pada mata aku tapi rupanya baru aku tahu..bila aku jatuh dialah yang setia menghulurkan tangan dan memberi aku kata-kata semangat. aku sering menanyakan hati ini,mengapa aku menjadi aku? sedang aku sendiri tidak menyukai diri aku.. nama ku sentiasa jadi bahan bual mulut orang smaada kenal mahupun tidak kenal.. majoriti nya aku tidak mengenal ramai orang yang suka berbual busuk tentang aku.. mereka berlagak kenal dan terus menyampai-nyampaikan tentang aku. hidup bukanlah suatu yang mudah bagi orang macam aku.. apatah lagi menginginkan hidup para wali da orang soleh..Hati! hati setiap orang tak sama..kita tiada hak untuk menghukum sesorang itu dengan pernilaian mata kita.. hati bagaikan buah yang nampak luarannya cantik tapi dalamnya busuk dan ada yang luar nya buruk tapi dalam nya lazat sekali ia mencerminkan kehidupan manusia.. aku hanyalah budak yang tiada pelajaran dan tiada apa-apa keistimewaan tentang diriku.. setiap orang menginginkan kebaikan tetapi ujian setiap orang Allah bagi tidak sama.. dikala menghapiri senja aku merenung jauh mengenangkan nasibku disana, apakah aku ahli neraka? nauzubillah..syurga jauh sekali bagiku.. aku tak takut mati, tapi apakah bekalan yang akan kubawa untuk menghadap nya dihari esok? solat! solat adalah tiang agama yang diamana ia nya bukan suatu yang mudah bagi orang macam aku.. buruk sembahyangnya buruk lah orang itu,tapi solat yang macam mana?? riak?takbur? bangga diri?? mungkin rezeki pada orang lain ianya suatu yang mudah..?? apa pun yang berlaku hati orang kita jangan menilai sama.. ianya rahsia Allah..
"pengalaman mengajarku apa itu erti kehidupan"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan