Hidup tidak semudah kita bayangkan, ianya amat rumit.. rindu yang teramat buat insan tersayang tidak ada siapa mengerti. hanya hati yang menaggung beban ini. hari berganti hari aku tetap menanti dirinya. aku paling takut jika hadir nya malam.. kerana saat itu rindu itu datang menziarahi diriku tapi aku hanya mampu mengalirkan air mata yang terpendam. tidak ada lagi erti hidup bagiku dan tidak tiada insan lain yang mampu membahagiakan aku selain engkau. dari ke hari aku melangkah untuk meneruskan hidup dengan penuh kesedihan dan air mata. aku tidak tahu apa lagi arah tuju aku selepas ini. hari demi hari aku menempuh untuk terus menggapai cita2..aku bukan seperti dulu..lelaki yang kuat mampu menempuh apa jua keadaan dan ujian musibah yang mendatang.. kini aku di selebungi kelemahan dan kerinduan yang tiada penawar. insan yang tersayang kini tiada lagi dalam hidupku. apa lagi yang harus aku lakukan!? aku berdoa agar Allah sentiase beriku kekuatan untuk aku terus menlangkah. demi cita-cita dan masa depan aku perlu kuat walaupun pahit sedih yang sentiasa menemani hidup. ujian dan harapan sentiasa menjadi sahabat setia aku sejak ianya pergi. adakah engkau ingin melihat diriku hancur seperti dulu..?? kerana kau lah satu-satunya harapan dan org yang berada dlm hati aku. tidak ada sesiapa lagi yang bisa menggantikan tempat mu sayang..Ya Allah.. Engkau berikanlah aku kekuatan aku tidak mampu untuk kehilangan nya. kerna aku insan lemah yang punya hati dan perasaan untuk menerima rindu dan kesedihan yang Engkau berikan. hatiku sentiase memanggil-manggil nama mu. dalam senyuman tersirat seribu kepahitan. hanya engkaulah yang setia mmenemani hidup manusia seperti aku. engkau terima baik burukku. engkau sayangku tidak seperti insan lain mnyayangiku kerna kau istimewa bagiku. aku rindu kenangan kita bersama gelak ketawa engkau dan memek masam muka engkau dan perangai nakal kau. kenapa Allah pisahkan kita? mungkin kita sering melupakan Allah. Allah lebih sayang kita berdua. aku sentiasa bersangka baik di setiap keadaan yang berlaku dari hari ke hari aku belajar untuk mengenal erti hidup dengan lebih mendalam bukan senang untuk melangkah walaupun aku tidak sempurna bagimu tapi aku cuba yang terbaik untuk dirimu aku ingin sekali melihat kau tersenyum sepanjang harimu. tiada kata lain aku ingin kau bahagia. wahai kekasih hati jika suatu hari nanti aku tiada lagi dalam hati mu. aku ingin engkau maafkan segala apa yang telah aku lakukan terhadap diri mu. aku ingin memberitahu sepanjang ketiadaan dirimu aku bagaikan tiada tulang untuk berdiri engkau telah mematahkan sendi-sendi yang dulunya setia kukuh berdiri. kini tiada apa lagi yang istimewa pada diriku. pergi aku dengan seribu kekecewaan dan harapan yang jauh dilubuk hati. di akhiri dengan doa dan air mata assalamualaikum........
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan