Jika Anda ingin berjaya, terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu
Saya dahului pembelajaran kita ini dengan bismilahirahmanirahim.Saya minta laluan daripada otai2 forex utk saya kongsi ilmu yg saya ada yg boleh memberikan maanfaat kepada mereka yg berkecimpung dlm bidang ini.
1) Ingat!Urusniaga forex adalah satu bidang yang sangat berisiko tinggi. Ianya menjadi risiko yang besar jika anda tamak .Anda harus bersedia dengan kemungkinan tersalah arah. maka gunalah volume trade yang bersesuaian mengikut money management. Risiko anda adalah sama dengan konsep Win-Win Situation (50% utk profit dan 50% utk loss)…adil…
2) Keuntungan dan kerugian dlm urusniaga forex ini juga bukan hanya tertakluk kpd pengetahuan malah SIKAP pelabur dan trader juga memainkan peranan penting dlm menentukan jumlah keuntungan dan kerugian anda. Usah mengejar keuntungan yang berganda ganda dalam masa yg singkat. sebaliknya lakukan sedikit demi sdikit. Janji profit setiap hari
Forex memerlukan anda sentiasa berdisplin, berhati2, bersabar, mengawal diri, bertenang, dan tidak tertekan semasa menjalankan trading Trading dalam keadaan tertekan tidak akan membantu, malah boleh mengakibatkan anda melakukan kesilapan.
3) Dalam FOREX, anda tidak boleh main belasah dan hanya bergantung kepada nasib. Anda kena pastikan arah mana yang sebenar harus anda pilih. pemilihan itu mungkin dari segi teknikal analisis mahupun fundamental yang anda ikuti perkembangan semasa ekonomi menerusi news. yang saya maksudkan teknikal adalah dr pengkajian dan pemerhatian mata anda sendiri terhadap perubahan atau gerakan candle stick. Ada sesetngah org menggunakan indicator utk itu. Fundamental pula adalah refer kepada laporan news yang boleh diperolehi dari laman web www.forexfactory.com
4. jangan sayang CUT LOSS. Kalau dah diyakini anda salah arah, bersedialah untuk cut loss tersebut. Biarlah rugi sebanyak mana yang dah rugi…asalkan anda tidak berterusan rugi. Sebaliknya jika anda yakini dalam masa terdekat dier akan reverse semula keaarah trade anda, maka tidak perlu lah nak cut atau close trade tersebut, tunggu ajerlah…kalau asyik CUT LOSS pon jahanam juga acc tu…yg penting money management, sejauh mana anda boleh bertahan…seberapa byk anda boleh rolling lagi utk pastikan anda dalam keadaan selamat
———————————————————————-
MM-Money management adalah yang paling penting. Ianya adalah persediaan kepada anda sekiranya anda melakukan kesilapan memilih arah trade. Sebaik-baiknya biarlah modal anda boleh rolling 1000 pip keatas. kalau 5000 pip lg baik atau lebih lagi, lagi lah baik dan selamat…kalau dah terror tu boleh la nak trade guna 500 pip rolling. Apa yang saya maksudkan rolling kat atas adalah, sebagai contoh jika anda hanya bermodalkan usd1000, bermakna untuk rolling 1000 pip, max volume yang anda harus anda guna adalah usd1.00 (usd1000/1000 pip rolling = usd1.00), kalau nak rolling 2000 pip, (usd1000/ 2000 pip = USD0.50)
26 Disember 2014
Trader Yang Berjaya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan