28 Januari 2016

Pengalaman Mengajarku Erti Kehidupan

Hidup bagiku adalah 1 ujian untuk setiap yang bernyawa mahupun jin dan manusia.
Allah izinkan Aku untuk menempuh hidup yang pelbagai warna dan corak.. untuk Aku melihat, membezakan dunia luar dan dunia perjuangan.. pengalaman itu suatu yang pahit tapi akan terasa manis selepas ia pergi. 1 ketika dulu,Aku pernah untuk mencuba jadi seorang yg berduit, tak kira halal haram.. ye, Aku diizinkan utk merasa menelan duit haram . Lepas pada itu ingin mencuba pula untuk jadi seorang yang berduit tapi halal,Alhamdulillah.. Allah rezekikan untuk Aku merasa itu.. Aku berdagang duit dan emas.. tapi Apa yg jadi kepadaku? Duit itu habis kugunakan untuk berjoli sana sini dan habiskan duit bersama kawan-kawan ibu ayah dilupakan apatah lagi ALLAH! Yang sering Aku lupa. Waktu itu memang Aku mewah.. habis duit untuk kereta bepuluh ribu ,apetah lagi motor.. tapi hutang tetap tidak terbayar. Jadi..apakah dengan kesenangan dan kekayaan itu bole menyelesaikan masaalah? Bole menenangkan hati yang serabut?? Dan bole menyelamatkan??  Tidak.. lepas itu Aku mula tawar hati dengan dunia luar.. Aku mula serah diri pada perjuangan , perniagaan itu Aku tinggalkan..perlahan demi perlahan.. Aku belajar untuk berjinak dengan sembahyang dan air wudhuk dan AM.. tapi masih berasap.. Lama kelamaan Aku dihantar ke REMBAU .. katanya sminggu, rupanya 6bulan.. pada mulanya hatiku sakit untuk menerima tempat itu, mana tidaknya.. yang sebelum ni makan hari-hari dikedai, tiba-tiba kena guna kayu api.. 2,3 pg turun sungai untuk angkat pukat yang dipasang pada sebelah petang..pada malamnya tidur sebelah unggun api dan  selalu di kejar kerbau..buang air pun disungai atau tandas dinding paras pinggang.. setelah 1bulan dirembau,Aku mula jatuh cinta pada tempat itu dan kami membina sebuah pondok dan tandas untuk kegunaan bersama dan kami mendirikan sebuah surau dan 1 tabung untuk kegunaan harian seperti gula garam dll. sedar tak sedar, ia mengajarku tentang kesusahan kasih sayang, dan semangat juang tentang perjuangan..tak lupa juga tentang berkat dan yang paling mahal ialah pelajari tentang rasa kehambaan yang diiringi berkat. Aku belajar dengan roh-roh para rijal disitu.. belejar untuk menghubungkan hati dengan alam ghaib dengan cara memanggil manggil Allah dan orang-orangnya. waktu itu,di rembau tiada warden (penjaga) Kami 7 orang masing-masing jaga diri sendiri, bawa hala tuju sendiri. masing-masing berdoa mohon kekuatan kerajaan ghaib, rahmat ALLAH dan berkat untuk terus kuat dalam masa yang sama tiada contoh yang baik didepan kami untuk kami contohi dalam nak membaiki diri.. hanya berbekalkan pesanan dan panduan dari Tuan Fadhil Yassin yang sekali sekala menanya khabar tentang kami dirembau. Ujian itu setia menemaniku menjadi sahabat.. seorang demi seorang pergi meninggalkan Aku dan rembau.. duduklah Aku dirembau seorang diri.. siang malam,hujan panas, memasak,tangkap ikan,sembahyang,tidur,mandi seorang diri.. Allah......,,, Aku lemah.. Aku tiada kekuatan... Aku bukanlah orang Tuhan ... rasa tak mampu.. dari situ Aku belajar bercakap dan bersembang dengan ALLAH dan para-para rijal untuk Aku mengadu,memohon kekuatan agar Aku terus kuat untuk terus kekal berada dalam perjuangan walaupun hakikatnya Aku sedang lemah.. teruslah minta dipandu hati.. panggil dan terus paggil..  tidak lama kemudian Aku dipanggil untuk ke jordan.. habislah cerita aku dirembau... :) rangkaikan hati dengan keberkatan untuk mendapatkan islam yang indah

Tiada ulasan: