13 Mac 2016

Sahabat..

Sahabat...
Engkau diciptakan dari sejenis daging.. Engkau diciptakan Tuhan untuk engkau menjadi seorang islam bukan sahaja menyembah, tapi juga untuk perkenalkan Allah pada manusia hari ini..

Sahabat..
Engkau hadiah dari Allah..
Engkau juga ujian dari Allah..
Engkau adalah nikmat persahabatan..
Engkau dan Aku sama2 mujahadah..
Untuk mendapatkan hati yang indah..

Kita saling mengingatkan..
Kita saling tegur menegur..
Kadang2 kita lalai..
Kadang2 kita bergelak ketawa..
Engkau menegurku dengan hikmahnya..
Indahnya akhlak mu wahai sahabat..

Kita saling berpesan antara satu sama lain..
Mnengingatkan tentang akhirat..
Mengingatkan tentang dosa..
Mengingatkan tentang hari pengadilan..

Sahabat..
Kita cuma dipinjamkan hubungan ini cuma sementara sahaja..
Umur kita semakin hari semakin bertambah..
Akhirat pula semakin dekat..
Janganlah kita membuang masa kita dengan kelalaian..

Kerana..
Kita juga akan dipertimbangkan amalan kita..
Kita juga akan disoal oleh munkar nakir..
Kita juga akan menempuh titian siratal muataqim..

Aku dan engkau..
Kita cuma hamba..
Kita adalah hina..
Kita adalah bangkai..
Kita tetap akan melalui hari kematian..
segala amalan kita akan dicatit didunia dan akan dibentangkan di akhirat..

Wahai sahabat..
Aku malu..
Aku bercakap tentang rasa..
Aku bercakap tentang kematian..
Aku bercakap tentang dosa..
Sedangkan aku selalu berada di zon selesa..
Aku sentiasa melakukan dosa yang berulang kali..
Aku sentiasa membohongi diri ku..
Ya Allah.. pandai nya aku berlakon dihadapan semua orang..
Sedangkan dalam hatiku tiada rasa..
Dalam hatiku tiada Allah..
Aku merasakan tiada dosa..

Wahai sahabat..
Kita tidak terjamin syurga..
Kita juga tidak dijanjikan keselamtan..
Alangkah indahnya jika kita
bersahabat kerana Allah..

Harapan dan hasratku..
Moga sahabat berjaya melepasi duri2 perjuangan..
Moga akhirnya kita dibariskan dalam 1 peperangan..

2530108313

Tiada ulasan: