Oh Tuhan...
Apa yang tidak kena dengan diriku ini..
Aku tak mengerti..
Hampir setiap malam aku didatangi perasaan memikirkan keselamatan diriku..
Memikirkan kematian yg bila2 masa boleh menjemput diriku..
Tapi apakan daya.. Aku selalu gagal..
Aku gagal dalam bermujahadah...
Aku gagal dalam semua perkara tentang akhirat..
Tapi...
Hati ini merindui Allah sang pencipta..
Terlalu cepat sekali inginku bertemu dengannya..
Bagiku, hidup di dunia ini sudah tiada apa2 erti..
Hanya akhirat saja yg bermain difikiran ini..
Tapi...
Aku sentiasa menempah kegagalan berulang2kali..
Siapakah yg mampu dan snggup untuk memahamkan diriku tentang perjuagan..?
Siapa yg sudi utk membawaku bersama2 di dalam bahtera yg agung ini?
Agung nya perjuangan ini...
Aku merindui bahtera ini..
Aku merindui pahit manis perjuangan..
Dan aku juga tidak tahu ingin mula dari mana..
Aku miskin air mata...
Aku miskin rasa...
Bahtera ini benar2 pilihan atas pilihan..
Bukan kerana kita baik..
Bukan kerana kita berjasa..
Bukan juga kerana kita terpilih..
Tetapi.. Kita diberi peluang demi pelung untuk merebut pilihan atas pilihan..
Diberi peluang untuk membuktikan kita benar2 yakin dengan perjuangan ini..
Ukuran nya pada hati dan bukan pada luaran semata..
Aku lah yg paling malang...
Selalu gagal dalam merebut peluang..
Aku tidak sahut dgn sebaiknya...
Maha baiknya Allah kerana masih lagi memberi aku hidup untuk aku terus mnsyukuri nikmat dan ujian..
Dia lah Allah yang maha baik..
Tidak ada yang setanding dengan nya...
Baiknya Dia kerana mencipta manusia dengan sempurna..
Baiknya kerana menciptakan alam dan tumbuh-tumbuhan...
Tidak terbayang zat nya yang indah tak terkata..
Dia memberi lagi kita ilmu ...
Dan yang paling mahal itu ilmu hati.. Ilmu rasa..
Ilmu menghayati pemberiannya pd kita hambanya..
Tidak pernah walau sesaat pun Dia melupakan kita.. Sentiasa menjaga hambanya dengan sebaiknya..
Tidak ada yang setanding dgn maha agungnya Dia..
Malu aku padanya...
Subuh 16 jul 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan