Orang yang merasakan dirinya baik itu tersangat bahaya..
Orang yang merasa dirinya berbuat Itu pun turut tergolong dalam gologan yang bahaya..
Merasa dirinya yang membuat amal
Merasa dirinya membuat orang terhibur..
Merasa dirinya yang menjadikan islam terus menang..
Inilah perasaan yang paling bahaya..
Halus nya ujian ini..
Bukan semua orang yg memahami tentang ini..
Bukan semja orang yg faham apa yang aku tulis ini..
Inilah luahan isi hatiku yang terpendam..
Aku bersyukur dengan Allah kerana memberiku ilmu yang sangat mahal...
Dia memberiku pelbagai ilmu..
Salah satunya .. Ilmu untuk aku menulis dan meluahkan isi hatiku..
Walaupun ia nampak macam kecil..
Tapi ia tidak boleh dibeli dimana2..
Dia lah yang maha berkuasa menciptakan apa sahaja yang Dia mahu..
Bahkan.. Dia sangat2 berkuasa ke atas diriku dan kita semua..
Dia boleh lakukan apa sahaja yang Dia mahu..
Sekali pun sesuatu yang dilakukanNya itu tidak boleh diterima oleh akal..
Aku bersyukur kerana aku dilahirkan sebagai islam.
Aku sedar...
Aku bukan seorang yang baik..
Dan aku juga bukan seorang yang pandai..
Apetah lagi mengkota segala nukilanku ini..
Ampunkan Aku wahai Tuhan...
Semakin hari...
Aku jadi seorang yang pendiam dari sebelumnya..
Allah yang maha baik itu memberi aku satu prngalaman yang cukup besar bagiku..
Dengan pengalaman itu membuatku kenal erti kehidupan..
Membuatku jadi seorang yang lebih matang..
Dengan pengalaman yg ku alami.. Aku lebih mengenali siapa kawan siapa lawan..
Ada yg berkawan kerana Tuhan..
Ada yang berkawan kerana harta..
Ada juga yang ingin mengambil kesempatan atas kepentingan dirinya..
Itulah lumrah kehidupan...
Hidup ini, kita kena belajar menjadi seorang yang sentiasa bersangka baik dengan apa jua keadaan.
Dengan bersangka baik itu membuatkn kita tidak terburu2 untuk bertindak didalam mana2 situasi..
Anggaplah apa yang datang dan pergi itu dari Allah..
Manusia itu hanya pembawa mesej dari Tuhan..
Untuk menegur kita atau menyedarkan kita dari terleka dengan Dunia yang sementara..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan